Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua pendakwa raya Turki memfailkan waran tangkap terhadap seorang pembantu atasan pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan timbalan ketua perisikan luar negara itu kerana disyaki merancang pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kata dua pegawai tempatan hari ini.
Pejabat pendakwa raya merumuskan, wujud ‘kecurigaan kukuh’, pembantu terbabit, Saud al-Qahtani dan Jeneral Ahmed al-Asiri, yang disingkirkan daripada jawatan mereka Oktober lalu, antara perancang pembunuhan di konsulat Arab Saudi di Istanbul 2 Oktober lalu, kata pegawai.
“Tindakan pendakwaan mengeluarkan waran tangkap terhadap Asiri dan Qahtani menunjukkan anggapan, pihak berkuasa Arab Saudi tidak akan mengambil tindakan rasmi terhadap individu terbabit,” kata seorang daripada pegawai Turki. -Reuters
5 Disember 2018 - 13:15
News ID: 919433
Ketua pendakwa raya Turki memfailkan waran tangkap terhadap seorang pembantu atasan pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan timbalan ketua perisikan luar negara itu kerana disyaki merancang pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kata dua pegawai tempatan hari ini.